Thursday, June 8, 2017

antara kemajuan yang telah ada di daerah jelebu.... banggonyo den

MUZIUM ADAT

KFC

KEDAI DIY
FARMASI ALPRO

AKAN DATANG SUPERMARKET ECONSAVE

KODAI PIZZA 

Pembangunan di Daerah Jolobu....

Sunday, January 29, 2012

Saturday, January 28, 2012

Saturday, December 31, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Mohon maaf diatas kekurangan blog ini. Kekangan masa mengehadkan keupayaan membuat entri. Semoga tahun 2012 diberikan kesempatan ruang masa untuk lebih aktif.

Wednesday, March 23, 2011

Legenda gajah Jelebu terakhir



Kampung Gagu terletak kira-kira 45 kilometer dari Seremban, yang juga kampung asal Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Baru-baru ini kampung tersebut menjadi tumpuan berita apabila renjer Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menangkap Buyung Gagu - gajah terakhir di hutan Jelebu - pada 24 Februari lalu.
Buyung Gagu disahkan sebagai gajah spesies Asia, iaitu hanya yang jantan mempunyai gading berbeza dengan gajah Afrika, yang kedua-dua jantina mempunyai gading besar.
Penangkapan Buyung Gagu seberat tiga tan itu menamatkan legasi gajah di Kampung Gagu.
Penghulu Kampung Gagu, Saad Harun, 57, masih teringat Buyung Gagu ialah seekor daripada empat gajah yang berkeliaran di hutan kampung itu sekitar tahun 60-an dan 70-an.
"Kumpulan itu terdiri daripada tiga ekor gajah dewasa dan seekor anak gajah.
Anak gajah itulah yang kami jumpa sebagai Buyung Gagu hari ini. Ia berusia lebih kurang 40 tahun," katanya kepada Bernama.
Tiga gajah dewasa itu sudah lama mati dan Buyung Gagu hidup sendirian dan sesekali dilihat merayau-rayau di kawasan hutan jajahannya.
Pada tahun 2009, pembinaan Empangan Teriang dimulakan dan jika binaan itu siap, kira-kira 2,000 hektar kawasan hutan berhampiran Kampung Gagu akan ditenggelami air dan proses memenuhkan air di empangan itu selepas siap nanti akan mengambil masa kira-kira setahun.
"Sejak empangan dibina dan jalan-jalan yang menjadi laluan hutan gajah itu terputus, haiwan ini macam terkeliru. Ia kadang-kadang tersesat ke pinggiran kampung," katanya.
Seorang penduduk kampung berkata sejak pembinaan empangan itu, Buyung Gagu mula muncul di kawasan kebun dan rumah penduduk kampung, menyebabkan mereka berasa bimbang jika gajah jantan itu mengamuk.
Mereka menganggap Buyung Gagu bukan sebarang gajah tetapi sangat bijak.
"Dia masuk kampung pada tengah malam. Bila masuk dia akan meninggalkan jejak. Tapak kakinya kadang-kadang dipijak kecil dan kami menyangka ada anak gajah yang masuk. Pada hari lain pula, Buyung Gagu akan meninggalkan jejak seperti laluan seolah-olah ada kumpulan gajah yang masuk ke kampung.
"Rupa-rupanya kesemua perbuatan ini dilakukan oleh seekor gajah sahaja," katanya.
Pada pendapat beliau, Buyung Gagu seperti gajah lain, mempunyai keinginan untuk menikmati makanan yang sedap seperti manusia.
"Apabila dia muak dengan pisang hutan, dia sanggup datang ke kebun penduduk kampung untuk menikmati makanan yang lebih sedap," katanya.
Buyung Dagu juga akan muncul mengikut kitaran bulan.
"Ia bukan saja-saja muncul tanpa diduga, ada jadual waktunya. Kadang-kadang ia datang untuk makan pisang yang ditanam penduduk kampung, setahun sekali gajah ini akan menumbangkan pokok kelapa untuk makan umbai kelapa," katanya.
Akibat kitaran atau jadual inilah yang menyebabkan Buyung Gagu mudah dijejaki. Bagaimanapun pada 2009, Buyung Gagu berjaya melarikan diri apabila renjer Perhilitan memasang perangkap. - Bernama