Hutan Lipur Lata Kijang diarah tutup - MB
SEREMBAN 1 Sept. - Kawasan rekreasi Hutan Lipur Lata Kijang di Jelebu diarah tutup serta merta kepada sebarang aktiviti berikutan struktur tanah yang tidak selamat akibat hujan lebat dan tanah runtuh yang berlaku pada 20 Ogos lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, arahan itu berkuatkuasa hari ini dan orang ramai serta penggiat rekreasi diminta mematuhinya dan tidak memasuki kawasan rekreasi berkenaan sehingga diberitahu kelak.