Saturday, October 9, 2010

Aidilfitri DUN Klawang


Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri DUN Klawang bersama Jabatan-jabatan MOA inc 2010/1431H lebih meriah dengan kehadiran tetamu kehormat YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan serta isteri dan YTM Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman Dato' Haji Musa bin Wahab Undang Luak Jelebu.
Terima kasih YB Dato' Yunus Rahmat

Tuesday, September 14, 2010

Hutan Lipur Lata Kijang diarah tutup - MB

SEREMBAN 1 Sept. - Kawasan rekreasi Hutan Lipur Lata Kijang di Jelebu diarah tutup serta merta kepada sebarang aktiviti berikutan struktur tanah yang tidak selamat akibat hujan lebat dan tanah runtuh yang berlaku pada 20 Ogos lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, arahan itu berkuatkuasa hari ini dan orang ramai serta penggiat rekreasi diminta mematuhinya dan tidak memasuki kawasan rekreasi berkenaan sehingga diberitahu kelak.


Tuesday, July 13, 2010

Suku Adat Di Negeri Sembilan

Di Negeri Sembilan pengamal adat perpatih, idealnya terdapat12 suku, di sebut suku nan 12. Nama-nama suku yang terdapat dalam Luak Ulu Muar (18) adalah;

1.  Suku Biduanda
2.  Suku Tanah Datar Kurang dua limo puluh
3.  Suku Mungkal
4.  Suku Seri lemak Minang
5.  Suku Seri Melenggang
6.  Suku Tiga Batu
7.  Suku Tiga Nenek
8.  Suku Batu Belang
9.  Suku Paya Kumbuh
10. Suku Batu Hampar
11. Suku Anak Acheh
12  Suku Anak Melaka ( Tiada dalam suku Ulu Muar)
13. Suku Seri Lemak Minangkabau
14. Suku Seri Lemak Pahang
15. Suku Seri Lemak
16. Suku Biduanda Sungai Ujong
17. Suku Biduanda Jawa
18. Suku Tanah Datar Lapan Puloh

Setiap suku mempunyai Ketua iaitu Datuk Lembaga yang membawa gelaran mengikut suku masing-masing.

Sumber : YM Dato Seri Maharaja Hj. Khalid Bonget
              Tiang Balai,Penghulu Luak Ulu Muar ( "Seminar Adat Daerah Jelebu')

Monday, July 12, 2010

Sejarah Jelebu I

Tanah Jelebu itu sebenarnya satu sahaja... tak ada yang lain. Tapi disebabkan ramai orang pandai dan banyak hikayat direkacipta... maka ada macam-macam versi Jelebu yang timbul dari satu mulut ke satu mulut. Ada juga yang terbit dalam bentuk teks bertulis di dada akhbar, di perut majalah dan juga dibukukan sebagai jurnal akademik. Macam cendawan kukur tumbuh merutup di kayu getah mati lepas hujan. Tak tau nak pilih yang mana satu. Banyak sangat!

Saya bawakan di sini salah satu versi yang dianggap asli. Beginilah ceritanya:


Adat Perpatih - siri I

Dalam Adat,
Tak bersua, maka tak kenal
Tak kenal, maka tak cinto.

Di Negeri Sembilan adat masih berfungsi walaupun telah betapa lebih 650 tahun.

Pesako satu
Adat datar
Sungguhpun datar
Pusako tertentu
Berumpuk seorang satu
Berhak masing-masing
Bak apolah bertentunya
Berlopak-lopak bak sawah
Beruang-ruang bak durian
Berumpun-rumun bak serai
Berpuak-puak bak kerbau

Bersuku-suku anak buah
Hak nan bergodono
Harta nan bertuan
Berumpuk sorang satu
Berpunyo masing-masing
Hak orang jangan ditarik (ambik)
Hak kito jangan diagih
Mengecal merabo lubuk orang
Pantang bagi adat.

Sumber - seminar adat daerah jelebu